PENTAKSIRAN ALTERNATIF/SUMATIF MENGGANTIKAN PEPERIKSAAN AKHIR

Seperti yang semua sedia maklum, COVID’19 masih dalam tempoh pemulihan, oleh itu pihak universiti telah bersetuju bahawa peperiksaan akhir secara atas talian ditiadakan bagi Semester Februari Sesi 2019/2020. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa kekangan yang dihadapi hasil daripada survey yang telah dijalankan. Oleh itu pihak fakulti memilih untuk menjalankan pentaksiran alternatif/sumatif bagi menggantikan peperiksaan akhir.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan untuk menjalankan pentaksiran alternatif/sumatif ini diantaranya adalah kuiz atas talian, kajian kes, peperiksaan secara buka buku, pembentangan dalam talian, rakaman video, persembahan infografik, e-portfolio, tugasan khas, projek akhir atau yang bersesuaian dengan bidang pengajian masing-masing. Kaedah pelaksaaan ini bergantung kepada kesesuaian kursus, tertakluk di atas pilihan para pensyarah setelah di persetujui oleh Jawatankuasa Peperiksaan Fakulti.

Matlamat yang penting dalam pentaksiran alternatif/sumatif ini adalah agar kaedah yang dipilih dapat di selaraskan secara konstruktif degan Course Learning Outcome dan agihan pemarkahan kekal seperti yang telah tertakluk dalam Pro Forma Kursus. Pentaksiran alternatif/sumatif ini akan dijalankan pada 5 Julai hingga 23 Julai 2020. Berikut merupakan contoh jadual bagi program Teknologi Sumber Hutan.

 

BIL

TARIKH

TEMPOH MASA

KOD & NAMA KURSUS

JUMLAH PELAJAR

KAEDAH PENTAKSIRAN

PENYELARAS/

PENSYARAH

1

12 Julai 2020

1 Jam

EWE33103

7

Temuduga atas talian

Dr. Boon Jia Geng

2

13-14 Julai 2020

1 Jam

EWT2103

17

Temuduga atas talian

Dr. Boon Jia Geng

3

13-14 Julai 2020

10 Jam

EWE33003

7

Tugasan khas (Penulisan)

Dr. Sitti Fatimah Mhd Ramle/ Dr. Nadiah Ameram

4

20 Julai 2020

1 Jam

EWT 3203

7

Temuduga atas talian

Dr. Nadiah Ameram/ Dr. Sitti Fatimah Mhd Ramle

5

19-20 Julai 2020

1 Jam

EWT2113

17

Pembentangan

Dr. Sitti Fatimah Mhd Ramle/ Dr. Nadiah Ameram

 

Disediakan oleh: Dr. Sitti Fatimah Mhd Ramle